Rabu, 31 Disember 2008

Daerah Damai

Menjenguk ke daerah damai
Dalam jerih mahmudah yang di semai
Di kuala hati yang bernama Mutmainnah
Menongkah daki-daki mazmumah
Meronta nafsu menolak rela
Menjerit jiwa yang penuh dosa
Tafakur hati di alam fana’

Musafir ke daerah damai ini
Menyucuk hati dan sanubari
Memerlukan mahar yang tidak di batasi
Menuntut kepedihan merobek hati

Rentapan ujian bertali arus
Ikatan sabar perlu di kukuh
Dengan ikatan ilmu dan amal yang utuh
Ribut cercaan bagai tiada tepiannya
Perli sindiran bagai tiada sudahnya
Ini yang perlu kita bersedia..
Dalam menuju daerah sana...

Tiada ulasan: