Rabu, 31 Disember 2008

Maal Hijrah 1430

Hijrah 1430

Ini satu lipatan sejarah
Tanda pengiraan permulaan bulan Islam
Peristiwa nya di kenang hingga ke akhir zaman
Pengorbanan dan keperitan nya di ambil sebagai pengajaran
Tekad nya Rasul dan para sahabat setelah mendapat restu Tuhan
Untuk menyelamatkan iman dan Islam dari tekanan
Bukan lari dari permasaalahan
Bukan takut dengan ujian
Bukan juga berundur dari barisan
Tapi untuk pencaturan yang ada arah tujuan
Menyusun barisan dan gagasan perjuangan

Konsep Hijrah adalah menyelamatkan Iman
Kerana hanya Iman jalan keselamatan
Hanya Iman punca ketenangan
Hanya dengan Iman manusia dapat memiliki segala nya
Hanya dengan Iman lah hidup akan lebih sejahtera

Hijrah lah dari :
Malas kepada Menafaatkan setiap detik waktu yang ada
Anak yang derhaka kepada Anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya
Zikir (ingat) pada harta kepada Harta yang dimenafaatkan untuk urusan agama
Minda yang jahil ilmu agama kepada Minda yang alim dan beramal
Usaha hingga melupakan amal kepada Usaha untuk kesejahteraan akhirat
Meletakkan dunia sebagai matlamat kepada Darul (negeri) akhirat sebagai arah tuju kita
Angan-angan dunia yang menipu daya kepada Amalan soleh yang menyelamatkan kita
Hasad kepada Harmoni hati sesama manusia

Hijrahlah dari MAZMUMAH kepada MAHMUDAH

Tiada ulasan: