Rabu, 31 Disember 2008

Sajak : Ini Urgent

Ini “URGENT”

Ini “urgent”
Memahami apa tujuan Allah ciptakan kita
Di dunia yang sememang nya serba fana
Kemudian di sertakan pula hati, akal dan nafsu kita
Fahamkah kita ini semua nya untuk apa?

Ini “urgent”
Memastikan kita mengerjakan solat 5 waktu
Memahami tujuan dan maksud solat
Memastikan solat di awal waktu
Mamahami ilmu tentang solat
Mempraktikan syarat sah dan batal nya
Benar-benar memahami segala permasaalahan nya

Ini “urgent”
Memastikan anak-anak kita menunaikan solat 5 waktu
Dengan penuh tertib, sopan dan beradab
Dan faham dengan siapa dia mengadap
Serta memastikan ilmu thaharah nya selesai
Dan melaksanakan apa yang di fahaminya

Ini “urgent”
Muhasabah akan diri kita
Adakah kita sudah bersedia jika dipanggil mengadap Nya
Sudahkah siap dengan bekalan yang akan di bawa
Atau kita masih teraba-raba
Dalam kemelut dan tipu daya dunia

Ini “urgent”
Memastikan isteri dan keluarga kita berada dijalan kebenaran
Menutup aurat dan melaksanakan kewajipan
Kita terangkan maksud rasa berTuhan
Memahamkan tentang rasa kehambaan
Serta menerangkan akan segala bentuk seksaan dan ganjaran
Yang Allah dah sediakan di hari kemudian

Ini “urgent”
Memastikan urusan seharian kita tidak menganggu jiran
Juga mengambil tahu akan segala kepayahan nya
Menghormati dan berbakti pada nya
Supaya terserlah keindahan Islam di masyarakat kita


Ini “urgent”
Memastikan kebajikan ibu bapa terjaga
Makan,minum dan urusan seharian nya
Muafakat sesama keluarga
Untuk memastikan setiap kebajikan nya terpelihara

Ini “urgent”
Memohon ma’af segala dosa pada semua
Yang pernah kita rasa kita bersalah pada mereka
Serta melupakan segala kebaikan kita pada manusia
Dan tidak mengungkit-ungkit nya
Kerana Allah jualah yang akan membalas nya

Ini “urgent”
Merasakan diri kita banyak dosa dan kesalahan
Merasakan hati dan diri penuh kekerdilan
Memohon ampun atas segala kesalahan
Menginsafi atas segala kelemahan
Di hadapan Tuhan yang punyai segala Kekuasaan
Ini semua “urgent”...sangat “urgent

Tiada ulasan: